Hokage Ketiga Senarai_Hokage

Rencana utama: Hokage Ketiga
Fail:Sarutobi.jpgSarutobi selaku Hokage Ketiga

Hiruzen Sarutobi (猿飛ヒルゼン, "Sarutobi Hiruzen") adalah Hokage Ketiga (三代目火影, "Sandaime Hokage") yang juga dikenali sebagai "Bayang Pawaka Ketiga". Nama beliau diambil bersempena nama Sarutobi Sasuke yang bermaksud "melompat seperti monyet" dan ini diperkuatkan lagi dengan keboelhannya untuk menyeru Raja Monyet Enma. Hokage Pertama juga turut menggelarkan Sarutobi sebagai "Monkey" (サル, Saru). Pada asalnya, Masashi Kishimoto ingin mengaitkan Sarutobi dengan tema "anjing" tetapi dia melihat idea tersebut sebagai suatu yang "pelik". Kebanyakkan aspek dan karakteristik yang dimiliki Sarutobi diambil daripada dongeng China "Pengembaraan ke Barat". Raja Monyet Enma yang diseru olehnya juga memiliki banyak persamaan dengan Sun Wu Kong (Raja Monyet) dan senjata yang digunakan oleh Sarutobi juga seakan-akan senjata yang dimiliki oleh raja monyet tersebut iaitu sebatang tongkat sakti.